Kotak Ilmu bantu murid tercicir PdPR

Iklan
Bekas khas disediakan bagi memudahkan ibu bapa mengambil bahan tugasan murid sebagai alternatif kepada PdPR di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3, Pasir Gudang.

PASIR GUDANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3 di sini mengambil inisiatif mewujudkan Kotak Ilmu iaitu menyediakan bahan pembelajaran secara bukan atas talian untuk 825 muridnya.

Guru Besarnya, Azian Zainul Bidin berkata, kaedah tersebut sebagai alternatif kepada kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) untuk murid yang kurang berkemampuan dan tidak ada peranti.

Iklan
Iklan

"Ini diilhamkan apabila mendapati kebanyakan ibu bapa ialah dalam kalangan B40," katanya ditemui di sekolah itu pada Selasa.

Katanya, sebelum ini apabila menyediakan bahan pembelajaran menerusi kumpulan WhatsApp, ramai yang tidak dapat mengikutinya kerana cara itu memerlukan bahan-bahan tersebut dicetak.

Iklan

Kaedah itu katanya, membebankan ibu bapa kerana tidak semua mempunyai pencetak di rumah dan apabila dicetak di luar memerlukan kos.

"Jadi dengan cara Kotak Ilmu ini guru dapat menyampaikan bahan pembelajaran dengan lebih cepat dan tidak memerlukan kos atau sebarang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya.

Iklan

Katanya, kaedah itu dilaksanakan dengan guru meletakkan bahan atau modul dalam kotak khas dan murid akan mengambilnya secara berkala untuk di bawa balik untuk disiapkan tugasan yang diberikan.

"Setelah siap bapa murid akan menghantar kembali tugasan tersebut ke dalam kotak untuk disemak dan ditanda guru masing-masing," katanya.