TEMERLOH - Syarikat hartanah, Miracle Land Holdings Berhad bekerjasama dengan MOC Capital Centre International (Kumpulan SM116) dan KLC Forest Plantation Berhad (KLC Group) memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Rumah Pangsa Bukit Bendera, Mentakab.
Pengarah Miracle Land Holdings Berhad, Datuk Abdul Hashim Mohd berkata, Kumpulan SM116 memberikan sumbangan berjumlah RM6,000, manakala KLC Group pula sebanyak RM2,000.
Iklan
Iklan
"Seramai 29 keluarga mengalami kerugian melibatkan kerosakan perabot dan kelengkapan elektrik akibat banjir pada awal Januari tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Abdul Hashim berkata, melalui bantuan tersebut, setiap keluarga terlibat menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM250.
"Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam mengharungi tempoh yang mencabar kini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Bukit Bendera, Shaiful Bahari Mohamad berkata, banjir berlaku dengan cepat.
"Ia menyebabkan kami tidak sampat memindahkan barang-barang,” katanya.