Tergamak mandikan anjing di ruang tukar lampin R&R

Iklan
Farah (gambar kecil) telah merakam aksi wanita sedang mandikan anak anjing di R&R Tapah.

TAPAH - Tidak menghormati sensitiviti bangsa.

Itu yang berlaku di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tapah apabila seorang individu tanpa rasa bersalah bertindak memandikan binatang peliharaan iaitu anjing di ruang menukar lampin.

Iklan
Iklan

Aksi tersebut berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut hingga tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 15 saat dibuat secara langsung (live) menerusi Facebook oleh Farah Shafiza Che Amat, 29, itu berjaya menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan individu berkenaan.

Iklan

Menurut kerani kewangan itu, dia baru tiba di R&R berkenaan jam 2.30 pagi dari Penang ke Kuala Lumpur pada 9 Februari lalu.

"Saya bersama suami serta dua orang anak berusia empat dan dua tahun. Kami berehat seketika untuk hilangkan rasa letih.

Iklan

"Kemudian dalam jam 3 pagi, saya pergi ke tandas. Saya terdengar petugas pembersihan menegur seorang individu di dalam ruang menukar lampin.

"Bila saya ke arah bilik itu, ternampak seorang wanita sedang memandikan seekor anak anjing di dalam sinki. Dia seolah-olah tidak mengendahkan larangan petugas berkenaan dan terus membersihkan anjing tersebut," katanya.

Plus telah menyamak ruang menukar lampin tersebut.

Jelasnya, kawasan itu telah memaparkan papan tanda 'no pet' dan perbuatan individu itu adalah satu kesalahan.

"Saya cuba juga menegur wanita itu tetapi dia hanya membalas"anjing mana kotor la"... ," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Farah turut menzahirkan rasa terkilan kerana ruang itu sering digunakan untuk menukar lampin anaknya jika singgah di R&R berkenaan.

Susulan kejadian itu, dia telah menghubungi Plus Malaysia Berhad jam 8 pagi pada hari yang sama.

"Alhamdulillah syukur! Plus telah memandang serius akan isu ini dan amat menghargainya.

"Saya dimaklumkan, pihaknya telah melakukan proses sertu pada ruang menukar lampin tersebut dan akan memastikan pemantauan berterusan dari masa ke masa.

"Papan tanda dan poster haiwan peliharaan tidak dibenarkan juga telah diletakkan di perkarangan kawasan rehat," katanya.

Dalam itu, Farah turut menasihatkan kepada orang awam agar lebih peka kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Plus dan saling menghormati sensitiviti serta agama setiap bangsa.