Tujuh spesies burung bernilai RM100,000 dirampas

Iklan
Antara spesies burung yang dirampas dalam pemeriksaan di sebuah kedai di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Foto: Perhilitan

SERI KEMBANGAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 82 ekor pelbagai spesies burung bernilai RM100,000 dalam serbuan di sebuah premis di sini pada Ahad.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Perhilitan Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika pemeriksaan, anggota penguat kuasa bertindak merampas tujuh spesies burung terdiri daripada 60 ekor burung jenis mata putih timur, selain pikau (11), tiong mas (4), bayan serindit (3), daun (2) dan masing-masing seekor jenis pucung kuak dan bayan nuri.

Antara spesies burung yang dirampas dalam pemeriksaan di sebuah kedai di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Foto: Perhilitan

"Semua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM100,000. Siasatan awal mendapati pemilik premis menyimpan kesemua spesies hidupan liar tersebut tanpa sebarang dokumen penyimpanan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Perhilitan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan pemilik kedai terbabit.

Menurutnya, kesemua barang kes dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini. Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) dan Seksyen 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Antara spesies burung yang dirampas dalam pemeriksaan di sebuah kedai di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Foto: Perhilitan