KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Rabu menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saksi ke-10 pihak pendakwaan dilaporkan tidak sihat.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan sidang pagi itu setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam.