‘Kebahagiaan Sebenar’ Tahun Baru Cina bersama McDonald’s

Iklan

Tahun Baru Cina merupakan masa keriangan untuk diraikan bersama ahli keluarga; sanak saudara dan rakan taulan dalam menyambut kehadiran tahun baru.

Namun, kedatangan tahun baru kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila ahli keluarga dan sahabat handai tidak lagi dapat berkumpul secara bebas kesan daripada pandemic Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) mengehadkan sambutan besar-besaran seperti kebiasaan yang diraikan oleh masyarakat Cina di negara ini.

Iklan
Iklan

Begitu juga tradisi ‘balik kampung’ juga terpaksa dilupakan oleh majoriti rakyat dan kerana sekatan perjalanan rentas negeri dan terutamanya untuk menziarah warga emas yang tinggal di rumah orang tua.

Dalam meraikan semangat kebersamaan, McDonald’s Malaysia meneruskan acara tradisi tahunan untuk membawa keceriaan dan kegembiraan kepada beberapa rumah orang tua terpilih di seluruh negara sebagai kesinambungan acara oleh McDonald’s yang dimulakan sejak Tahun Baru Cina 2017 lagi.

Iklan

Sejak tahun 2017, McDonald’s Malaysia telah membawa keriangan kepada lebih 240 rumah orang tua sempena sambutan Tahun Baru Cina. Program tahunan menyantuni komuniti oleh pihak restoran ini adalah satu aktiviti yang sering dinantikan oleh para pekerja McDonald’s dan penghuni rumah orang tua. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pembersihan kawasan dan sudah pastinya yang paling ‘best’ ialah acara makan-makan McDonald’s!

Bagi McDonald’s Malaysia, inilah ‘Kebahagiaan Sebenar’ – ianya bukan mengenai apa yang kita miliki tapi yang penting siapakah yang kita miliki.

Iklan

Bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini, pihak restoran yang ‘menyebarkan’ keriangan untuk rumah orang tua bermula dari 1 Februari sehingga 28 Februari 2021 melalui aktiviti kemasyarakatan tahunan dengan mengedarkan hidangan lazat McDonald’s.

Namun disebabkan kepada kekangan semasa, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan di rumah orang tua kerana kita perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan penghuni warga emas ini. Klik disini untuk tonton video.

Apa yang penting, biarpun sambutan Tahun Baru Cina dalam norma baharu namun keceriaan dan keriangan tidak pernah berkurangan walau sedikit pun.

#ShareProsperity with the elderly

#YouAreMyProsperity