Tiada sesi perjumpaan penghuni penjara sempena Tahun Baharu Cina

Iklan
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sesi perjumpaan antara keluarga dan penghuni di institusi tahanan itu secara fizikal sempena Tahun Baharu Cina masih belum dapat dilaksanakan. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan sesi perjumpaan antara keluarga dan penghuni di institusi tahanan itu secara fizikal sempena Tahun Baharu Cina masih belum dapat dilaksanakan.

Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia berkata, sesi itu akan digantikan dengan penggunaan telefon prabayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertimbangan itu dibuat sebagai salah satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19 dalam institusi penjara.

"Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Sekiranya tuan dan puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara yang berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan