Saya bukan kucing, kata peguam

Iklan
Paparan aplikasi Zoom menunjukkan seekor anak kucing memek sedih dalam perbicaraan mahkamah di Texas. - Foto CNN

HOUSTON - Seorang peguam melakukan kesilapan tanpa sengaja mengubah dirinya kepada seekor anak kucing semasa berlangsungnya perbicaraan mahkamah secara maya.

Rod Ponton hadir mengikuti perbicaraan itu di Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas menerusi aplikasi persidangan video Zoom pada Selasa, lapor CNN.

Iklan
Iklan

Hakim mahkamah, Roy B. Ferguson menegur Ponton yang secara tidak sengaja telah menghidupkan aplikasi filter wajah di Zoom terbabit.

Ia sekali gus menimbulkan keadaan berbeza semasa perbicaraan sedang berlangsung ekoran wajah Ponton bertukar kepada anak kucing dengan memek muka sedih.

Iklan

"Bolehkah anda mendengar saya Hakim?

"Saya di sini, saya bukan kucing," kata Ponton di sebalik filter kucing kepada hakim berkenaan.

Iklan

Ferguson mengesahkan perkara itu berlaku dan ia bukan gurauan.

Katanya yang turut menasihatkan peguam terbabit untuk menutup aplikasi filter tersebut.

"Saya percaya peguam itu tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana anaknya dipercayai menggunakan komputer dan menghidupkan aplikasi berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ponton mendedahkan komputer itu milik setiausahanya dan digunakan semasa perbicaraan malah mengesyaki dia atau anak perempuannya menggunakan aplikasi filter gambar kucing tersebut.

Pada Rabu, tular di laman sosial rakaman video durasi 42 saat memaparkan seorang peguam bertukar kepada seekor anak kucing ketika perbicaraan mahkamah secara maya.

Video berkenaan telah ditonton lebih 2 juta penonton sejak dimuat naik di Youtube dan Twitter.

Menerusi ciapan @JudgeFergusonTX,"Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan komputer anda, sebelum anda menyertai perbincangan secara maya, periksa terlebih dahulu untuk memastikan filter ditutup. Anak kucing ini baru saja membuat 'pengumuman rasmi' mengenai kes di 394".