Dua bekas PM berbalas hantaran di Facebook

Iklan
Najib (kiri) dan Dr Mahathir.

SHAH ALAM - Gara-gara wawancara khas di sebuah portal, dua bekas Perdana Menteri yang juga seteru dalam politik sekali lagi menarik perhatian warganet apabila saling berbalas hantaran di Facebook.

Terbaharu, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas hantaran dan ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mentertawakan beliau berhubung kenyataan tidak mencampuri hal badan kehakiman.

Iklan
Iklan

"Saya rasa Najib tak payah campur tangan dengan tuduhan terhadap saya. Dia (Najib) harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB (1Malaysian Development Berhad).

"Dia juga perlu bagi perhatian saman (Tan Sri) Tommy Thomas yang kait dia dengan pembunuhan Altantuya,” bidas bekas Perdana Menteri itu di laman Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Pada Rabu, Najib mentertawakan dakwaan Dr Mahathir tidak mencampuri badan kehakiman, lalu berkongsi apa yang beliau tahu sekitar pembatalan pendaftaran UMNO pada 1988.

"Ha ha ha! Mahathir kata pembatalan pendaftaran UMNO bukti dia tidak campuri badan kehakiman adalah pembohongan terbesar dalam sejarah kehakiman,” kata Najib dengan memuat naik tangkap layar laporan FMT di Facebooknya.

Iklan

Dalam wawancara khas dengan portal FMT, Dr Mahathir mengingatkan beberapa keputusan mahkamah ketika itu tidak memihak kepadanya khususnya apabila UMNO yang dipimpin beliau diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Februari 1988.