JAKARTA - Laporan awal siasatan nahas udara pesawat Sriwijaya Air Indonesia (SJ182) mendapati pendikit atau throttle pesawat berkenaan didapati menunjukkan tanda 'anomali' dan telah diperbaiki beberapa kali sebelum nahas berlaku pada bulan lepas, kata penyiasat pada Rabu.
"Pendikit enjin kiri bergerak ke belakang terlalu jauh sementara yang kanan tidak bergerak sama sekali atau tersekat," kata penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Nurcahyo Utomo.