Kebenaran 'dine in' legakan peniaga kedai makan

Iklan
Rafika lega apabila kerajaan benarkan pelanggan 'dine in' di kedai makan.

JEMPOL - Pengumuman kerajaan membenarkan pelanggan makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter ternyata memberi kelegaan kepada peniaga terlibat.

Peniaga kedai makan, Rafika Fitri, 31, meluah rasa lega sebaik pengumuman itu dibuat berikutan lebih memudahkan urusan perniagaan kedai makannya di Pusat Perindustrian Bahau.

Iklan
Iklan

"Perniagaan ini merupakan satu-satunya pendapatan saya sekeluarga dan sudah tentu ia mencabar ketika negara berdepan dengan pendemik Covid-19.

"Antara cabaran berniaga dalam musim pandemik ini adalah apabila perlu memantau setiap pelanggan yang hadir supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Katanya, beliau telah menjalankan perniagaan kedai makan sejak lapan tahun lalu dengan menjual nasi ayam penyet, soto, bakso, lontong goreng, cucur sayur, tempe goreng, pisang goreng cheese dan pelbagai lagi menu lain yang jarang didapati di daerah ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kedai makan, Nurulazma Syafiqah Khairul Azhar, 30, berkata, dengan kebenaran makan di kedai makan walaupun hanya dua orang satu meja ternyata memudahkan mana-mana pihak yang perlu bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Iklan

"Tidak dinafikan adalah lebih mudah jika 'delivery' sahaja tetapi ada kawasan yang tidak boleh berbuat demikian sekali gus mengambil masa menunggu untuk membungkus makanan dan makan.

"Bagi peniaga pula, kedai makan mereka lebih meriah dengan kehadiran pelanggan namun SOP tetap dipatuhi," katanya.