Gempa bumi sederhana gegar Kepulauan Talaud, Indonesia

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan gempa bumi pada jam 6.03 petang itu berpusat di 130 kilometer (km) timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama