SELEPAS pelancarannya pada 12 Disember 2018, penyerahan Proton X70 semakin rancak yang mana kini terdapat lebih banyak bilangan unit SUV pertama Proton dapat dilihat berada gah atas jalan raya.
Dengan rekod pendaftaran SUV yang paling banyak di pasaran Malaysia pada bulan ia dilancarkan, rekod tersebut berterusan sehingga ke tahun baharu dengan 2,777 unit telah didaftarkan pada Januari 2019.
Iklan
Iklan
Jumlah tersebut bermakna Proton X70 telah mencatat rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam tempoh sebulan.
Jumlah besar yang didaftarkan bagi SUV tersebut adalah penting bagi Proton yang mempamerkan angka pertumbuhan jualan yang mengagumkan.
Berbanding dengan bulan sebelumnya, jualan telah meningkat sebanyak 33.6 peratus sementara perbandingan dari tahun ke tahun, angka tersebut mewakili pertumbuhan sebanyak 46.5 peratus dari Januari 2018, menjadikan Proton mendahului pasaran dalam kadar pertumbuhan bagi jenama automotif antara ketiga yang teratas.
Satu lagi pencapaian syarikat yang mendahului industri adalah pada jumlah kemudahan yang ada pada cawangan 3S dan 4S. Sehingga akhir bulan ini, terdapat 74 cawangan Proton 3S dan 4S pengedar telah beroperasi. Dijangkakan lebih banyak cawangan dibuka sepanjang tahun ini.
Cawangan-cawangan akan bergandingan membantu Proton mencapai Indeks Perkhidmatan Jualan (SSI) dan Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) mencapai sasarannya.