Gempa bumi 7.7 magnitud di Pasifik Selatan cetus tsunami

Iklan
Gempa bumi kuat 7.7 skala Richter melanda Pasifik Selatan malam Khamis dan mencetuskan tsunami kecil yang tidak menyebabkan kerosakan terhadap negara kepulauan. -Gambar hiasan

NOUMEA- Gempa bumi kuat 7.7 skala Richter melanda Pasifik Selatan malam Khamis dan mencetuskan tsunami kecil yang tidak menyebabkan kerosakan terhadap negara kepulauan.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berlaku tengah malam tadi kira-kira 415 kilometer (258 batu) timur Vao di New Caledonia pada kedalaman 10 kilometer,

Iklan
Iklan

Pusat Amaran Tsunami Pasifik NWS kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengatakan"gelombang tsunami berbahaya" diramalkan di beberapa pantai.

Dikatakan gelombang antara 0.3 dan satu meter di atas permukaan air pasang dijangka berlaku di Fiji, New Zealand dan Vanuatu.

Iklan

Bagaimanapun setakat ini tiada laporan tentang kematian atau kerosakan berlaku akibat gempa bumi kuat itu.

Iklan