Sebuah kereta, dua motosikal terbakar

Iklan
Salah sebuah motosikal yang terbakar dalam kejadian di Blok 11, Flat Taman Jinjang Baru di sini pada awal pagi Khamis.

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta dan dua buah motosikal terbakar dalam kejadian di Blok 11, Flat Taman Jinjang Baru di sini pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi Kanan Pegawai Bomba Kanan II Fadzlil Jamaludin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu unitili Rapid Rescue Vehicle (RRV) dengan kekuatan 12 orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Dua buah motosikal yang diletakkan di parkir blok 11 flat berkenaan dan sebuah kereta yang diparkir berhampiran terlibat dalam kebakaran itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.