Kerajaan setuju beri vaksin Covid-19 percuma kepada warga asing

Iklan
Warga asing yang menetap di negara ini turut menerima vaksin Covid-19 secara percuma.

PUTRAJAYA - Warga asing yang menetap di negara ini turut menerima vaksin Covid-19 secara percuma.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKAV) berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Iklan
Iklan

"Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia," katanya pada Khamis.

JKAV berkata, tindakan itu selari dengan tema Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua'.

Iklan

Katanya, pemberian vaksin secara percuma kepada golongan itu mengambil kira beberapa faktor antaranya, persekitaran selamat serta bebas Covid-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin.

"Dalam tempoh pandemik ini, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan," katanya.

Iklan

Selain kos rawatan yang tinggi terpaksa ditanggung, pekerja asing telah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

"Negara luar juga memberi layanan kepada warga Malaysia yang menetap di luar negara dengan turut memberi vaksin Covid-19," katanya.

Bagaimanapun Jawatankuasa itu berkata, rakyat Malaysia tetap diberi keutamaan terlebih dahulu dalam pemberian vaksin Covid-19.

"Maklumat dan pemberian vaksin kepada warga asing akan diumumkan kelak. Keputusan ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin yang diperoleh Malaysia mencukupi dan melebihi jumlah warganegara yang layak menerima," katanya.