Kempen Coffee Break Petronas tumpu petugas barisan hadapan

Iklan
Dua petugas barisan hadapan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menunjukkan sumbangan kempen Coffee Break Petronas yang mereka terima.

SHAH ALAM - Petronas Dagangan Berhad (PDB) kembali menganjurkan kempen Coffee Break Petronas sempena sambutan Tahun Baharu Cina untuk menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan ketika tempoh mencabar ini, khusus kepada petugas barisan hadapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, kempen akan memberikan sumbangan set lengkap kopi dan makanan ringan kepada 15 hospital di seluruh negara termasuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurut Azrul, antara rakan kongsi yang terlibat adalah Nestlé (Malaysia) Bhd, Etika Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Podirect Trading (M) Sdn Bhd, iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Ltd (Cawangan Malaysia).

"Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, PDB memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan. Memandangkan persekitaran semasa yang terhad pada tahun ini, kami ingin menyalurkan sumbangan kepada mereka untuk membantu mereka dalam masa yang sukar ini.

Iklan

"Kami berharap mereka dapat menikmati kopi dan makanan ringan yang akan memberikan kegembiraan serta tenaga untuk meneruskan tugasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azrul berkata, sempena kempen itu, PDB juga menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pelanggannya yang mengunjungi stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Logistik NADMA, Amaluddin Suib berkata, pertambahan kes Covid-19 telah meningkatkan permintaan sumber di NADMA.

"Kami berterima kasih kepada PDB kerana menyokong NADMA sejak tahun lalu dengan membekalkan barang keperluan untuk kami edarkan ke pusat kuarantin.

"Sumbangan ini adalah bukti sokongan PDB dalam bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada kekurangan sumber,” katanya.

Coffe Break Petronas yang diperkenalkan pada tahun 1998 itu merupakan salah satu kempen keselamatan jalan raya PDB.

Selama 23 tahun, kempen itu berfungsi untuk mengingatkan penunggang motosikal supaya sentiasa selamat di jalan raya, terutamanya pada musim perayaan yang biasanya mencatat jumlah pengguna jalan raya yang tinggi.