Anggota kabinet baharu Sudan angkat sumpah

Iklan
Sudan

KHARTOUM - Anggota kabinet baharu Sudan mengangkat sumpah jawatan di istana presiden di Khartoum pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.Ketua

Majlis Kedaulatan Peralihan, Abdul-Fattah al-Burhan dalam ucapannya selepas majlis itu, berharap barisan menteri akan berganding bahu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan demokrasi peralihan dan pilihan raya dapat diadakan.

Iklan
Iklan

Tegas beliau kepemimpinan Sudan"tidak boleh mengecewakan harapan dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik."

Perdana Menteri Abdalla Hamdok pada Isnin mengumumkan pembentukan kerajaan baharu merangkumi 26 menteri untuk tempoh peralihan yang akan berakhir dengan pilihan raya pada 2024, berdasarkan perjanjian perkongsian kuasa antara pihak tentera dan kumpulan pembangkang. - Bernama

Iklan
Iklan