Dana RM90 juta: Hentikan spekulasi, siapa terlibat akan dipanggil

Iklan

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak... kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil beri keterangan

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir SPRM beri keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: Dana RM90 juta: Nasharudin serah dokumen kepada SPRM

Iklan

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin Pas.

Jumaat lepas, ahli Jawatankuasa Pas, Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB itu.

Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta"dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). - Bernama