Serah memorandum, desak siasatan penipuan sijil akademik

Iklan
Farhan (baju putih) hadir ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum bagi menyiasat isu penipuan sijil akademik yang berlaku dalam kepimpinan akademik.

KUALA LUMPUR - Biro Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda Umno Malaysia menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penipuan kelulusan akademik yang berlaku dalam kalangan menteri Kabinet.

Exco Hal Ehwal Akademik dan Mahasiswa, Farhan Khairuddin berkata, memorandum ini bertujuan melihat situasi dan keadaan semasa dalam kepimpinan kerajaan yang sewenangnya menggunakan sijil palsu akademik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini bukanlah satu budaya yang baik tetapi satu cerminan bukan sahaja penipuan dalam manifesto, malah berani memalsukan dokumen untuk kepentingan politik sendiri.

"Atas dasar itu kita mengambil ruang untuk kita lihat perkara dalam sudut penerangan terutama kesalahan dilakukan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Iklan

"Kita harap dengan apa yang berlaku hari ini memberi satu fokus kepada isu ini agar kepimpinan negara tidak bermain dengan isu ini. Mahasiswa yang hadir ini mereka bertungkus lumus pagi petang siang malam untuk segulung ijazah," katanya selepas menyerahkan memorandum di Bukit Aman, hari ini.

Penyerahan memorandum kira-kira jam 3 petang ini turut disertai Kesatuan Pelajar Mahasiswa dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Iklan

Farhan menegaskan, pihaknya tidak marah sekiranya pemimpin ini tidak memiliki ijazah dalam akademik, tapi usah berbohong kerana ini bukan budaya yang diharapkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi serta perlembagaan yang baik.

Katanya, demi menjaga nama baik negara, dua perkara yang ditekan oleh barisan mahasiswa iaitu mendesak agar PDRM menjalankan siasatan terhadap penipuan ini yang menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan kedudukan tertentu.

"Keduanya, menuntut agar pemimpin yang menipu ini agar meletak jawatan serta-merta tanpa kompromi," katanya.

Memorandum itu turut menyenaraikan pemimpin lain yang turut dikatakan melakukan penipuan akademik iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin serta Menteri Besar Johor, Osman Sapian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tipu ijazah: Marzuki serah kepada polis siasat

Terdahulu, Marzuki menegaskan akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan beliau menipu berhubung kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Cambridge.