SEPANG - Dua pesakit Covid-19 ditahan untuk pengasingan kerana disyaki mencuri empat telefon bimbit milik pesakit lain di Dewan C, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di pusat tersebut berhubung kejadian itu.