Tiada petugas pantau pemeriksaan suhu pelanggan

Iklan
Pengarah Keselamatan Kedah, Mohd Zawawi Zakaria (tengah) melakukan pemantauan di beberapa premis pakaian di sekitar Kota Setar pada Khamis.

ALOR SETAR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mendapati terdapat premis tertentu masih gagal meletakkan petugas di bahagian hadapan untuk pemeriksaan pelanggan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Keselamatan Kedah, Mohd Zawawi Zakaria berkata, setiap premis dikehendaki meletakkan petugas untuk memantau pemeriksaan suhu dan pendaftaran nama.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, petugas berkenaan perlu memeriksa dan memastikan pengunjung premis memiliki suhu kurang dari 37.5 darjah Celcius dan tidak berisiko, manakala berisiko tidak dibenarkan masuk.

"Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan dilakukan kita dapati dapati ada sebilangan premis tertentu tidak meletakkan petugas di hadapan kedai mereka untuk tujuan tersebut.

Iklan

"Antara alasan diberikan adalah mereka tidak maklum ataupun tahu tentang prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa tersebut," katanya kepada pemberita pada operasi pemantauan pemantuhan SOP PKP sekitar Kota Setar di sini pada Khamis.

Mohd Zawawi berkata, premis berkenaan sebenarnya boleh dikenakan kompaun kerana tidak meletakkan petugas di kedai mereka untuk memeriksa pelanggan terlebih dahulu.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati perkara sama berlaku di daerah lain apabila ada premis kedai pakaian tidak meletakkan petugas ketika pemantauan di daerah Pendang pada Rabu.

Menurutnya, pelanggan di premis kedai makan juga diingatkan supaya tidak mencantum meja mereka walaupun terdiri dari satu keluarga memandangkan had satu meja dibenarkan dua orang sahaja.

Mohd Zawawi bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan dalam operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Kesihatan Kota Setar mendapati kebanyakan premis mematuhi SOP ditetapkan.