TARIKH tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk memperoleh baki pegangan dalam FGV Holdings Bhd telah dilanjutkan lagi sehingga 2 Mac.
"Tawaran itu akan kekal terbuka untuk diterima sehingga pukul 5 petang pada tarikh tutup yang dilanjutkan, melainkan dilanjutkan lagi mengikut peraturan atau seperti yang diputuskan oleh Felda...selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh tutup yang dilanjutkan,” kata Maybank Investment Bank Bhd dalam satu kenyataan bagi pihak Felda.