20 ahli Dewan Negara kesal kenyataan Razali Idris

Iklan
Laporan mengenai kenyataan Senator Datuk Razali Idris disiarkan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Seramai 20 ahli Dewan Negara daripada Pakatan Harapan (PH) Plus khususnya yang terlibat sebagai anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Senator Datuk Razali Idris.

Razali sebelum ini menyifatkan tindakan mengkritik kerajaan di media sosial sebagai penyakit mental nombor satu.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, mereka mendakwa Razali dilaporkan berkata bahawa perbuatan itu memerlukan tindakan undang-undang yang lebih tegas dan efektif.

Menurutnya, Razali juga mencadangkan agar suatu rang undang-undang baharu berkait cercaan, hasutan dan carutan diperkenalkan secara khusus atau melalui pindaan undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Senator Datuk Razali nampaknya begitu rentan dengan kritikan pedas rakyat Malaysia terhadap kelemahan kerajaan menguruskan wabak Covid-19 sehingga sanggup membungkam hak bersuara rakyat Malaysia bertentangan dengan peruntukan hak asasi yang dijamin teguh oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Senator Datuk Razali juga sewajarnya lebih memperlihatkan kematangan sebagai ahli Dewan Negara dan tidak menyalahgunakan frasa 'penyakit mental' sesuka hati beliau," kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Iklan

20 ahli Dewan Negara terbabit ialah Senator Raj Munni Sabu, Senator Liew Chin Tong, Senator Datuk Theodore Doughlas dan Senator Ismail Yusop yang kesemuanya anggota kaukus.

Turut serta ialah Senator Dr Yaakob Sapari, Senator Datuk Marzuki Yahaya, Senator Waythaa Morthy Ponnusamy, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Senator Datuk Husam Musa dan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Mereka menjelaskan, frasa digunakan Razali tanpa sedikit pun rasa sensitif terhadap ramai pihak yang menderita dan menanggung kemurungan akibat ketidak tentuan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata mereka, Razali sememangnya berhak bersuara sebagai ahli Dewan Negara walaupun mereka tidak bersetuju dengan pandangan beliau kali ini.

"Akan tetapi adalah tidak wajar bagi untuk mewakili kaukus apabila pandangan yang diutarakan penuh kontroversi dan bersifat partisan.

"Seboleh mungkin, seluruh ahli Dewan Negara harus menyahut seruan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim untuk menjadikan Dewan Negara sebagai suatu medan yang lebih bi-partisan," katanya.