PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan untuk mengadakan 'dry run' atau ujian di beberapa negeri sebelum pelaksanaan mekanisme subsidi petrol bersasar sepenuhnya, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Bagaimanapun, perancangan untuk mengadakan ujian masih di peringkat idea dan belum dimuktamadkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KPDNHEP di sini hari ini.