KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang selama 14 hari bermula esok hingga 25 Februari depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan terdapat 75 individu dikesan sebagai kontak rapat kes positif Covid-19.