Mukhriz, isteri lepaskan pegangan saham utama Opcom

Iklan
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah melupuskan sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd, sekali gus melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Opcom berkata, pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga perniagaan langsung pada 10 Februari.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan yang berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan saham utama dalam Opcom.

Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada Rabu. - Bernama

Iklan
Iklan