Sektor minyak, gas kekal jadi tumpuan kerajaan

Iklan
Dr Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR - Industri minyak dan gas (O&G), sumber pendapatan eksport kedua tertinggi Malaysia selepas sektor elektrik dan elektronik akan terus menjadi bidang tumpuan kerajaan pada tahun ini meskipun harga minyak yang tidak menentu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata di samping mengatasi isu penyusutan harga minyak, Malaysia turut memberi tumpuan kepada produk hiliran.

Iklan
Iklan

"Kami memberi perhatian terhadap produk hiliran dan menjangka aktiviti (pelaburan) berikutan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

"Ini merupakan pelaburan besar,” katanya memaklumkan pelaburan di Pengerang dilaksanakan oleh syarikat lain.

Iklan

"Apabila tiba masanya, kami akan membuat pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas sesi jaringan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, hari ini.

Ong berkata di sebalik cabaran yang dihadapi industri itu, tiada syarikat ditutup namun beberapa syarikat memilih untuk mengecilkan operasi mereka.

Iklan

Menurutnya MITI bersedia berbincang dengan penggiat industri untuk menambah baik industri hiliran minyak dan gas selain meningkatkan ekonomi negara.

"Harga minyak diniagakan pada US$40 setong sebelum ini dan dijangka berlegar antara AS$60 dan AS$70 setong. Ini adalah mencukupi bagi penggiat industri untuk menyemak semula aktiviti cari gali dan pengekstrakan. Saya optimis dengan industri ini,” katanya. - Bernama