Pusat Borong GM Klang kini dibuka sepenuhnya

Iklan

KLANG – Pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan sektor ekonomi yang lain beroperasi semula telah memberi nafas baru kepada para usahawan yang terjejas sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, awal Januari lalu.

Seiring dengan pengumuman itu, Pusat Borong GM Klang kini dibuka sepenuhnya bermula 10 Februari lalu kepada orang ramai.

Iklan
Iklan

Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman, berkata, pengumuman MKN itu merupakan berita gembira untuk para peniaga di GM Klang kerana sumber pendapatan mereka telah terjejas sebelum ini.

"Dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan barang-barang keperluan perayaan yang lain di saat-saat akhir, kerana sebelum ini mereka hanya boleh mendapatkannya secara dalam talian sahaja."katanya.

Iklan

Bagi mengekang kesesakan orang ramai, pihak kompleks telah menyediakan persekitaran yang selamat selaras dengan penetapan SOP kepada para pengunjung.

Iklan