Inkues Adib: Mahkamah akan melawat lokasi kuil

Iklan
Kuil Sri Maha Mariamman

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner akan mengadakan lawatan ke lokasi insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 esok bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat kejadian.

Lawatan itu akan disertai Koroner, Rofiah Mohamad, Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah.

Iklan
Iklan

Turut serta pihak-pihak berkepentingan termasuk barisan peguam keluarga Muhammad Adib Mohd Kasim, peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Majlis Peguam.

Mereka dijangka akan ke lokasi jam 10.30 pagi.

Iklan

Sementara itu, prosiding hari pertama inkues kematian Muhammad Adib ditangguhkan sehingga esok dengan tiga orang saksi memberi keterangan.

AKAN MENYUSUL

Iklan