KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang didakwa memfitnah dirinya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini pada jam 12 tengah hari Sabtu.