KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan rantau sempadan Tajikistan-Xinjiang, awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa yang berlaku pada 1.01 pagi itu, berpusat di 394 kilometer (km) timur laut dari Taloqan, Afghanistan pada kedalaman 86km.