Inkues Adib: Masih berkomunikasi dengan allahyarham

Iklan

SHAH ALAM - Saksi ketiga Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kasim, memberitahu mahkamah semasa dalam keadaan jentera FRT dan EMRS diserang perusuh, beliau masih berkomunikasi dengan allahyarham.

Pegawai Perubatan yang juga pemandu van EMRS berkenaan, Ahmad Shahril Othman berkata, Muhammad Adib berada di sebelahnya memegang pintu EMRS dan sebelah tangan lagi diletakkan di atas papan pemuka (dash bord) untuk melihat FRT.

Iklan
Iklan

"Waktu itu saya cakap kat dia:" Lajunya si Hazim ni," katanya.

Menurutnya, Hazim yang merupakan anggota pemadaman dari FRT turun untuk membuka loker yang menyimpan gegelung air.

Iklan

"Tetapi belum sempat Hazim capai gegelung tersebut, sekumpulan individu mula menyerbu.

"Selepas itu saya tidak nampak kelibat Hazim tetapi kumpulan tersebut melulu ke arah kiri dan kanan EMRS," katanya.

Iklan

Prosiding hari pertama inkues kematian Muhammad Adib ditangguhkan dan bersambung esok.

AKAN MENYUSUL