'Kemenangan pasukan lebih penting'

Iklan
Mohamed Salah menjelaskan bahawa menjaringkan gol dan memastikan kemenangan pasukan membuatnya lebih gembira.

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah mengakui tidak semua gol yang dijaringkan dalam perlawanan membuatnya gembira.

Salah berkata, ini kerana membantu pasukan meraih kemenangan lebih penting berbanding jaringan gol peribadi.

Iklan
Iklan

"Saya menjaringkan gol tetapi pasukan tewas kepada Manchester City 1-4. Ini perkara yang saya fikir kurang gembira kerana gagal membantu pasukan menang.

"Saya fikir bulan lalu lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya tetapi kami harus memenangi perlawanan. Saya akui menjaringkan gol dan memastikan kemenangan pasukan itu membuatkan saya gembira.

Iklan

"Apa yang penting kami terus fokus memastikan kemenangan pasukan. Kita mungkin tewas beberapa perlawanan sebelum ini tetapi akan bangkit semula,” katanya.

Mohamed Salah kini merupakan antara penjaring terbanyak di Liga Perdana Inggeris (EPL) diikuti pemain lain seperti Son Heung-MIn, Harry Kane, Burno Fernandes dan Dominic Calvert-Lewin.

Iklan

Selain itu, pemain kebangsaan Mesir itu turut dipilih sebagai pemain terbaik The Reds bagi Januari selepas menjaringkan lima gol pada bulan berkenaan.

Bagi Salah, pengiktirafan itu menyuntik semangatnya untuk bangkit membantu Liverpool mencatatkan kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir liga.

"Sudah pasti saya gembira dengan penghargaan ini tetapi seperti yang saya nyatakan ialah pasukan menjadi keutamaan.

"Ada banyak perlawanan yang perlu kami harungi dan memerlukan komitmen tinggi. Liverpool perlu bangkit memberikan yang terbaik,” katanya.