Sultan Selangor seru rakyat hayati khutbah Jumaat

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan inti pati khutbah Jumaat di Selangor menyentuh tentang bahaya fitnah kepada individu, masyarakat dan negara.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya umat Islam khususnya di negeri ini menghayati inti pati khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib di masjid seluruh Selangor pada Jumaat.

Khutbah bertajuk ‘Jangan Memfitnah’ itu menggariskan beberapa perkara penting termasuk melarang umat Islam menyebarkan fitnah dan berwaspada dengan sentiasa menyelidik berita yang diterima bagi mengelakkan tersebarnya gejala fitnah.

Iklan
Iklan

Sultan Sharafuddin turut menegaskan isi kandungan khutbah tersebut yang mengingatkan bahawa pemfitnah merupakan individu yang bankrup di hadapan ALLAH SWT kerana tuntutan orang yang difitnah.

Teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu juga menyatakan perseteruan dalam kalangan pemimpin yang menggunakan senjata fitnah akan menjerumuskan negeri dan negara ke lembah kemusnahan.

Iklan

Baginda juga bertitah, fitnah dan adu domba boleh menghancurkan harapan rakyat kepada pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh untuk mengharmonikan antara satu sama lain dan mentadbir negara dengan baik.

"Fitnah amat bahaya dan mesti dihindari kerana ucapan dan tulisannya boleh melahirkan sangkaan dan persepsi salah, membawa kebencian, persengketaan sesama sendiri serta mencetuskan permusuhan.

Iklan

"Pembuat fitnah bukannya bimbang dengan kegagalan seseorang tapi sangat takut dengan kejayaan orang lain.

"Justeru permusuhan dan pembunuhan karakter ini pula bakal menjadi sebab musnahnya kerukunan bermasyarakat dan bernegara," titah baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Khutbah Jumaat di Selangor fokus bahaya budaya fitnah