Tinjauan aktiviti sukan

Iklan

Kelihatan pengunjung mengimbaskan kod QR MySejahtera dan melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki dewan badminton ketika tinjauan aktiviti sukan yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Lavana Sport hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti sukan secara individu, e-sukan, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan di kawasan terbuka yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri berkata bagi golf, gimnasium, badminton, tenis dan ping pong, kesemua aktiviti itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat. - Foto Bernama