Sekat aplikasi galak aktiviti pelacuran

Iklan
Laporan media mengenai penggunaan satu aplikasi sosial yang berkemungkinan besar menyumbang kepada keruntuhan moral penuntut universiti di negara ini perlu diteliti. - Foto 123RF (Gambar kecil: Ahmad Amzad)

KUALA TERENGGANU - Kajian terhadap penyalahgunaan teknologi dalam menyuburkan kegiatan pelacuran di negara ini perlu dilakukan bagi mengekang perbuatan tidak bermoral itu daripada terus menular.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, laporan media mengenai penggunaan satu aplikasi sosial yang berkemungkinan besar menyumbang kepada keruntuhan moral penuntut universiti di negara ini perlu diteliti.

Iklan
Iklan

"Isu aplikasi, penyalahgunaan teknologi dalam menyuburkan kegiatan pelacuran mendapat liputan media baru-baru ini.

"Mengapa kita tidak boleh sekat aplikasi ini seperti kita sekat laman pornografi, terrorisme dan membahayakan negara?" katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, penelitian terhadap undang-undang sedia ada juga perlu dibuat supaya kegiatan itu dapat disekat dan tidak terus berleluasa.

"Melihat kepada angka dalam laporan media yang mendakwa terdapat penglibatan golongan terpelajar, mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Iklan

"Laporan itu sendiri perlu ditelitikan kebenarannya. Mungkin tidak seteruk digambarkan. Mungkin juga realitinya lebih buruk. Ia perlu disiasat secara terperinci," katanya.

Isu pelacuran dalam kalangan mahasiswa menjadi tular selepas media tempatan melaporkan menerusi data yang diperoleh bahawa Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia bagi jumlah ‘sugardaddy’.

Berdasarkan laporan, sejumlah 12,705 penuntut universiti awam dan swasta di Lembah Klang mendaftar dengan aplikasi tersebut untuk mencari ‘sugardaddy’.

Aplikasi itu menyediakan ruang bagi pengguna terutama golongan wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau ‘sugarbaby’.