Geng Saga Merah dihukum lagi

Iklan
Mereka dihukum selepas mengaku salah pada kes ketiga di mahkamah sama.

KOTA BHARU - Tiga termasuk dua beradik anggota Geng Saga Merah dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap kes rompakan ketiga yang dilakukan mereka pada tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Norashraf Mujahid Mamat Yasmi, 34, dan adiknya, Norshah Fifi, 30, serta rakan mereka, Mohd Hakimi Mat Nor, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa bersama-sama merompak Muhammad Yahya, 59, dengan melarikan kereta Perodua Alza menggunakan parang di Taman Azam, Pengkalan Chepa, di sini pada jam 9.15 pagi, 16 Jun 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noorazlinawati Mohd Arshad.

Iklan
Iklan