Rasuah dalam perubatan mudah berlaku

Iklan
AMRAHI. -Foto: ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Rasuah dalam perubatan boleh berlaku melalui pelbagai bentuk dan ia selalunya dipengaruhi oleh niat atau nafsu seseorang itu.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata, rasuah yang jelas dan mudah dilakukan antaranya dari segi membuat 'claim', membeli sijil cuti sakit, rasuah untuk percepatkan urusan di kaunter, untuk berjumpa doktor termasuk mengambil fail.

Iklan
Iklan
Dari kiri, Fazrul, Amrahi, Ahmad Sufian dan Ahmad Tarmizi yang berdiskusi secara langsung pada Wacana al-Quran Siri 85 bertajuk Rasuah Dalam Perubatan yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, malah rasuah lebih besar boleh berlaku apabila terlibat dengan pembelian seperti peralatan perubatan atau berkaitan aspek pembangunan.

"Bagaimanapun perubatan sebagai satu bidang yang sangat mulia sebenarnya mempunyai kod etika yang menghalang kakitangannya daripada melakukan perkara bertentangan termasuk rasuah.

Iklan

"Jika ada ahli farmasi umpamanya yang melanggar kod etika, mereka akan dibawa kepada Lembaga Farmasi Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Wacana al-Quran Siri 85 bertajuk Rasuah Dalam Perubatan yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Turut menjadi panel program itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah.

Iklan

Program itu dimoderatorkan oleh Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman pula memperdengarkan bacaan sural al-Maidah ayat 42 dan surah al-Baqarah ayat 188.

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, jika melihat dari segi peraturan sektor awam juga, terdapat Perintah-perintah Am yang sangat terperinci berkaitan hal ini tetapi rasuah tetap berlaku walaupun ada amaran seperti denda, gantung kerja atau hilang pencen jika dikesan terlibat.

Beliau berkata, contoh lain berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang boleh dilihat secara menyeluruh adalah menerusi bidang farmaseutikal.

"Macam mana kita nak buat dari segi polisi itu, kita dah ada kerangka. Saya nak kongsi kita mempunyai Dasar Ubat Nasional yang telah diluluskan Kabinet.

"Dalam Dasar Ubat Nasional, salah satu komponennya disebut sebagai 'good governance in medicine' atau tatakelolaan ubat dari mula hingga akhir iaitu daripada proses penyelidikan dibuat, pengeluaran, pengedaran ke institusi sehinggalah ia tiba ke tangan orang awam," katanya.

Menurutnya, perkara itu sudah ada dalam dasar tersebut dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaksanakannya mengikut kerangka kerja yang diwujudkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Justeru katanya, berdasarkan kerangka kerja itu, di negara ini mempunyai dua garis panduan bagi mengekang rasuah dalam bidang itu iaitu garis panduan untuk anggota farmasi berurusan dengan wakil-wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal serta garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah anggota farmasi KKM.