Penduduk gempar jumpa buaya tembaga bersama 45 biji telur

Iklan
Operasi menangkap buaya itu memakan masa selama 3 jam, turut menjumpai 45 biji telur yang dieram buaya terbabit. - Foto APM Kuala Langat.

KUALA LANGAT - Penduduk Kampung Labohan Dagang, Banting, di sini gempar apabila menemui seekor buaya tembaga betina yang sedang mengeram telurnya berhampiran kawasan parit pada Sabtu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Langat, Kapten (PA) Riduan Nordin berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berukuran 4 meter dengan berat 200 kilogram itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi penangkapan buaya tersebut turut menjumpai sebanyak 45 biji telur yang sedang dieram oleh buaya terbabit.

Pegawai dan anggota APM berjaya menangkap buaya dan akan dibawa ke Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. - Foto APM Kuala Langat.

"Kami menerima panggilan daripada penduduk kira-kira pada jam 11.50 pagi.

Iklan

"Operasi penangkapan buaya itu mengambil masa tiga jam dan tamat sekitar jam 3 petang. Reptilia ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, Riduan mendakwa buaya tersebut datang dari sungai berhampiran yang jaraknya tiga kilometer dari kawasan terbabit.

Iklan

Ujarnya, buaya itu kemudiannya dipercayai menelusuri parit untuk mengeram telur-telurnya.