Ketua JPJKK Pulau Pinang, Zundin Mahmood meninggal

Iklan
Zundin Mahmood

GEORGE TOWN - Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zundin Mahmood meninggal dunia pada Sabtu di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana jangkitan paru-paru.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang, Zundin, 59, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP kira-kira jam 4.40 petang.

Iklan
Iklan

"Seluruh warga PDRM terutama kontinjen Pulau Pinang menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Zundin yang telah kembali ke rahmatullah hari ini," menurut kenyataan itu malam ini.

Jenazah Zundin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur. - Bernama

Iklan
Iklan