SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mendesak agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyekat laman web dan aplikasi Sugarbook demi menjaga nama baik negara.
Naib Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, peningkatan sebanyak 40 peratus pelajar pengajian tinggi yang mendaftar bermula Januari lalu bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh rakyat dan kerajaan.
Iklan
Iklan
Tambahnya, keadaan tersebut menunjukkan kadar peningkatan kecenderungan rakyat terhadap gejala tidak bermoral sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dengan tegas telah menyuarakan pendirian kami berkenaan isu ini pada Disember 2019 apabila tular paparan iklan billboard Sugarbook di ibu kota Kuala Lumpur.
"Negara China boleh menyekat aplikasi Facebook untuk mengambil langkah keselamatan dari Amerika Syarikat manakala Amerika Syarikat pula boleh menyekat aplikasi Tik Tok atas alasan mempertahankan keselamatan kebangsaan, dasar luar dan ekonomi mereka dari China.
"Kenapa kita tidak boleh menyekat aplikasi Sugarbook demi menjaga agama dan generasi muda rakyat Malaysia?” soalnya di Facebook pada Sabtu.
Pada Rabu, Malaysia dilaporkan negara ketiga paling tinggi di Asia iaitu seramai 42,500 ‘sugar daddy’,selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250).
ARTIKEL BERKAITAN Cari 'sugar daddy' melalui 'Sugarbook'