Covid-19 pulih, ekonomi pun pulih

Iklan
Malaysia tidak terkecuali apabila mengambil langkah-langkah proaktif dengan merancang membekalkan vaksin kepada rakyat selewat-lewat hujung bulan ini. - Foto 123RF

AKIBAT pandemik Covid-19, sambutan Tahun Baharu Cina diraikan secara sederhana dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Bagi kebanyakan kaum Cina, sambutan Tahun Baharu amat penting kerana ia perlu diraikan sebagai tahun yang diharapkan boleh membawa tuah dan kemakmuran.

Iklan
Iklan

Namun pada ketika ini, apa yang lebih diutamakan ialah bagaimana menghalang penularan Covid-19 daripada terus berleluasa.

Dalam ruangan Lidah Pengarang Sin Chew Daily, akhbar ini menekankan negara kita agar terus berusaha bersungguh-sungguh memerangi Covid-19 di samping memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada di landasan yang kukuh.

Iklan

"Bermula pada tahun ini, banyak negara di dunia telah mula dibekalkan vaksin bagi keperluan rakyat di negar masing-masing. Suntikan vaksin ini selain memastikan kesihatan rakyat, ia sebenarnya mampu meningkatkan perkembangan ekonomi sesebuah negara itu.

"Dengan kata lain, kalau rakyat sihat, negara pasti maju dan makmur,” tulis akhbar berkenaan yang menyifatkan mana-mana negara yang terlebih dulu bebas daripada Covid-19, kedudukan ekonomi negara itu pastinya akan lebih awal pulih seperti sediakala.

Iklan

Negara kita turut tidak terkecuali apabila mengambil langkah-langkah proaktif dengan merancang membekalkan vaksin kepada rakyat selewat-lewat hujung bulan ini.

"Kita tidak mahu dianggap sebagai salah sebuah negara yang gagal memerangi Covid-19. Penyuntikan vaksin kepada rakyat yang memerlukan bukan sahaja dapat menghindari daripada virus tersebut, malahan merupakan satu sinar harapan kepada negara untuk terus berdaya saing dalam ekonomi global.

"Tidak dapat dinafikan, kes penularan Covid-19 di negara kita adalah antara negara yang paling serius di rantau ASEAN. Beberapa hari yang lalu, jumlah kes baharu telah mencecah lebih daripada 250,000.

"Diharapkan kes kebolehanjangkitan dapat diturunkan pada hujung bulan ini, lebih-lebih lagi dengan ketibaan vaksin pada waktu berkenaan,” tulis akhbar Cina itu lagi.

Menurut Sin Chew Daily lagi, berbanding dengan negara-negara ASEAN, kedudukan ekonomi negara kita masih kukuh dan tidak sukar diatasi oleh negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Flipina.

"Bagaimanapun, sekiranya-negara ASEAN ini berjaya memperoleh vaksin dan mampu memerangi Covid-19 lebih awal daripada Malaysia, sudah tentu ia akan membawa kesan buruk kepada negara kita.

"Kerajaan Malaysia seharusnya sedar bahawa kita tidak boleh ketinggalan dengan negara-negara ASEAN ini. Sektor-sektor ekonomi seperti pelancongan, perhotelan, penerbangan dan sebagainya adalah antara sumber utama di rantau ASEAN. Kerajaan kita perlu menghadapinya secara optimis,” kata akhbar itu.

Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit dalam memerangi wabak itu.

Untuk fasa kedua adalah dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta golongan orang kurang upaya. Fasa ketiga pula adalah bagi golongan berusia 18 tahun ke atas dari Mei hingga Februari tahun depan.

Rakyat dan kerajaan mesti berganding bahu mencegah covid-19 daripada terus menular. Tanpa Covid-19, ekonomi negara mampu meningkat ke tahap lebih berjaya.

"Selagi seluruh rakyat jelata memberi kerjasama dan penuh yakin, kita pasti mampu mengalahkan virus ini,” tulis akhbar itu.