Spurs tewas angkara ‘penalti moden’

Iklan
Aksi City dan Spurs pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada awal pagi Ahad.

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyifatkan ‘penalti moden’ menjadi punca kekalahan 0-3 skuad kendaliannya kepada Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada awal pagi Ahad.

Menurut Mourinho, sekiranya ‘penalti moden’ berkenaan tidak diberikan kepada skuad The Citizens itu, keputusan perlawanan berkenaan mungkin berbeza.

Iklan
Iklan

Malah katanya, penalti berkenaan juga nyata telah mengubah keputusan perlawanan secara keseluruhannya.

"Bagi saya, kami tewas gara-gara ‘penalti moden.’ Apakah yang dimaksudkan dengan ‘penalti moden?’ Ia adalah seperti apabila anda ‘menyentuh’ pemain lawan dengan hanya dengan menggunakan kuku dalam kotak penalti.

Iklan

"Bagi sesetengah pihak, mana-mana pemain pasukan lawan yang disentuh dengan kuku boleh menyebabkan pasukan lawan itu diberikan sepakan penalti.

"Lagipun jika anda merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR), anda tidak boleh menafikan sememangnya berlaku sentuhan antara pemain,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, pemain City, Rondri membuka jaringan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 (penalti) sebelum Ilkay Gundogan menambah dua gol pada minit ke-50 dan 66 bagi mengesahkan kemenangan.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Spurs kini berada pada kedudukan kesembilan EPL dengan 36 mata, hasil 10 kemenangan, enam seri dan tewas tujuh kali daripada 23 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Mourinho tetap memberikan pujian terhadap kesebelasan pemainnya yang tetap bersemangat di sebalik kekalahan 0-3 berkenaan.

Katanya, situasi berkenaan turut menggambarkan mentaliti positif dalam kalangan pemain walaupun baru sahaja tewas 4-5 kepada Everton pada aksi Piala FA, Khamis lalu.

"Saya gembira dengan sikap dan juga semangat pemain kerana ada pemain yang telah beraksi selama dua jam beberapa hari lalu tetapi mereka telah memberikan aksi terbaik di sebalik kesukaran yang dihadapi.

"Kebiasaannya pasukan yang tidak bersatu akan dihukum tetapi saya telah melihat pemain saya memberikan segala-galanya,” katanya.