PGA beri amaran terhadap individu tukar barang di Sungai Golok

Iklan
Video TikTok yang tular sejak beberapa hari lalu menunjukkan penduduk tempatan dan negara jiran sedang bertukar-tukar barang yang ditarik menggunakan tali merentangi Sungai Golok.

RANTAU PANJANG - Tindakan penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di sini bertukar-tukar barang di Sungai Golok boleh berdepan tindakan.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, perbuatan tersebut bercanggah dengan undang-undang.

Iklan
Iklan

"PGA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas penduduk sekiranya perbuatan itu dilakukan semasa anggota melakukan rondaan rutin," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video TikTok yang menunjukkan penduduk tempatan dan negara jiran sedang bertukar-tukar barang yang ditarik menggunakan tali merentangi Sungai Golok.

Iklan

Difahamkan, sebelum ini ada penduduk menggunakan botol mengandungi wang yang mahu dikirimkan kepada sanak-saudara di negara jiran.

Selain wang kiriman, ubat-ubatan serta surat-menyurat melalui kaedah tersebut turut digunakan.

Iklan

Ia susulan kerajaan kedua-dua negara mengambil pendekatan untuk menutup sempadan bagi memutuskan penularan pandemik Covid-19 yang sedang menyerang dunia ketika ini.

Sementara itu, Nor Azizan berkaitan, PGA komited melaksanakan penugasan menerusi OP Benteng Covid-19 dengan kawalan ketat di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Kawalan ketat itu katanya, merangkumi rondaan di sepanjang kawasan penugasan bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat sehingga ke Rantau Panjang.