Vaksin China dapat pujian PM Hungary

Iklan

BEIJING - Vaksin keluaran China akan membantu Hungary mendahului negara Kesatuan Eropah (EU) lain dalam program pemvaksinan, kata Perdana Menteri Hungary, Orban Viktor.

"Kami akan mula menggunakan vaksin China tidak lama lagi. Semua penduduk yang berdaftar dijangka diberi suntikan menjelang Hari Easter bulan depan," katanya dalam satu temu ramah pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau juga bersedia diberi suntikan vaksin China.

Menurut Orban, daripada populasi Hungary berjumlah 10 juta, setakat ini hampir 2.5 juta sudah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

Iklan

Pada Sidang Kemuncak China-Negara Eropah Tengah dan Timur (CEECs) pada 9 Februari, beliau memuji kesungguhan saintis China dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin.

Beliau turut mengesahkan laporan dihasilkan institusi negaranya bahawa vaksin China sangat meyakinkan.

Iklan

Institut Farmasi dan Pemakanan Nasional Hungary (NIPN) meluluskan penggunaan vaksin keluaran Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) pada hujung bulan lalu, menjadikannya negara EU pertama berbuat demikian. - Bernama