Perhilitan tunggu masa sesuai tangkap gajah berkeliaran

Iklan
Gambar seekor gajah yang dirakamkan berkeliaran di halaman sebuah rumah di Kampung Sri Timur, Kluang.

KLUANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hanya menunggu masa yang sesuai menangkap seekor gajah yang berkeliaran di Kampung Sri Timur di sini pada malam Sabtu.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau dan operasi menangkap mamalia itu akan dilakukan dengan pantas serta selamat.

Iklan
Iklan

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan provokasi ke atas gajah tersebut yang mungkin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Jika ingin mengambil video atau gambar perlu berada dalam jarak yang selamat. Keselamatan perlu diutamakan dan mengikut arahan pihak Perhilitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Sejak pagi Ahad tular video berdurasi 1 minit 24 saat memaparkan seekor gajah berkeliaran di halaman sebuah rumah penduduk kampung itu.

Pada 10 Februari lalu, seorang lelaki orang asli berusia 61 tahun maut diserang gajah ketika pergi memancing bersama anaknya di kawasan Hutan Simpan Teresap, Endau, Mersing.

Iklan

Pada awal hingga pertengahan bulan lalu, sekumpulan kawanan gajah berkeliaran di beberapa kampung di sini untuk mencari makan, terutamanya di kawasan ladang kelapa sawit.

Gajah dalam jumlah 30 hingga 50 ekor itu muncul dikesan muncul di Kampung Contoh, Kampung Batu 28, Kampung Sri Lukut dan Kampung Pinggir sebelum kejadian itu tular hingga membimbangkan penduduk setempat.