Petani muda cetus revolusi baharu tanaman padi di Kelantan

Iklan
Dari kanan: Nik Roslan dan Kamarudin menyampaikan bantuan baka kambing dari Kada kepada Nik Syazwan Najmi Sukeri, 21, di Jeram Mengaji, Pasir Puteh pada Ahad.

PASIR PUTEH - Pembabitan golongan muda yang mengusahakan tanaman padi mampu mencetuskan revolusi baharu dalam bidang pertanian di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Datuk Kamarudin Md Nor berkata, revolusi yang dimaksudkan ialah penggunaan peralatan moden dalam meningkatkan hasil pengeluaran termasuk dron.

Iklan
Iklan

"Ada dalam kalangan petani muda ini sanggup mengeluarkan wang untuk membeli dron yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit semata-mata mahu meningkatkan lagi hasil pertanian.

"Itu tidak termasuk alatan moden yang lain. Kita di Kada menyambut baik langkah ini dan secara tidak langsung menjadi salah satu bentuk revolusi baharu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baka kambing di Jeram Mengaji di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Pengurus Besar Kada, Nik Roslan Idris.

Kamarudin berkata, situasi itu juga memperlihatkan kesungguhan petani muda untuk berjaya dalam bidang pertanian.

Iklan

Menurutnya, berpandukan kepada statistik, lebih 60 peratus petak sawah di bawah seliaan agensi berkenaan diusahakan petani muda.

Katanya, Kada sentiasa memberikan sokongan padu kepada transformasi berkenaan.

"Langkah itu secara tidak langsung melonjakkan lagi imej pertanian negara. Kita harap selepas ini lebih ramai golongan muda akan menceburkan diri dalam bidang pertanian pada masa hadapan," katanya.