Polis tahan lima 'Superman' remaja

Iklan
Lima penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi di Kulai pada malam Sabtu dan pagi Ahad. Gambar kanan: Tok Beng Yow

KULAI - Polis menahan lima remaja yang menunggang motosikal dengan laju dan mempamerkan aksi berbahaya di Lebuhraya Linkedua dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yow berkata, remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga awal pagi Ahad.

Iklan
Iklan

"Mereka menunggang motosikal tersebut dengan kelajuan yang tinggi dan melakukan aksi menundukkan kepala, tangan lurus ke hadapan, kedua kaki lurus ke belakang iaitu aksi Superman.

"Mereka turut melakukan aksi zig-zag dengan mencelah kenderaan awam dari Kilometer 35 hingga Kilometer 31.4 Linkedua," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, berikutan itu, lima motosikal disita dan 26 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan; antaranya tiada lesen, tiada cukai jalan, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi dan penunggang bawah umur.

Katanya, semua mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan