SINGAPURA - Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, sebuah syarikat pengutip hutang berpusat di Singapura menggunakan cara agak kreatif untuk 'melawat' penghutang mereka walaupun 'simbahan cat merah' biasanya digunakan sebagai tanda amaran oleh golongan tersebut.
Menurut Fast Debt Recovery (FDR) Specialist Pte Ltd, mereka biasanya menghantar buah limau kepada kesemua penghutang, namun tahun ini pekerja mereka mengenakan kostum Dewa Kekayaan untuk mengetuk pintu dan memberikan notis memandangkan ramai yang 'tidak bernasib baik' akibat pandemik Covid-19.